? ??????????????Blue Bubbles? ????? ?? ???Rating: 4.3 (1043 Ratings)??2 Grabs Today. 62691 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Blue Abstract? ????? ?? ???Rating: 3.8 (209 Ratings)??2 Grabs Today. 20210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????The BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pembuka kata

Wednesday, August 26, 2009

10 JENIS SOLAT

10 jenis solat yang Xditerima oleh Allah S.W.T.Rasulullah telah bersabda bahawa
"10 orang solatnya x diterima oleh Allah S.W.T" antaranya;
1)Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2)Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3)Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum.
4)Orang lelaki yang melarikan diri.
5)Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya(taubat).
6)Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
7)Orang perempuan yang suaminya marahkepadanya.
8)Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9)Orang2 yang suka makan riba.
10)Orang yang solatnya xdapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tuesday, August 25, 2009

Noktah2 kehidupan

Tatkala hati ini mencari-cari,
Noktah2 kehidupan yang belum pasti,
Melangkah longlai, tanpa setitispun,
noktah ku temui, Arus deras metropolis dunia penuh tanda tanya,
menjadi rencah mainan duniawi,
Yang berkuasa terus tegar nun di atas,
Yang lemah terus tercari2 dek kesempitan,
Kejayaan umpama suatu kejahilan yang sukar diungkapkan,
Kaki yang di injak,berlantaikan duri2 duka,
Cinta yang di tabur, umpama racun yang berbisa,
Sampai bilakah harus kuteruskan,
Sejauh manakah harus ku kejar,
Untukku menitiskan tinta2 yang masih berbaki,
Melewati noktah2 kehidupan,
Yang pastinya punyai segala jawapan,
Disebalik liku dan ranjau sandiwara ini..

Friday, August 21, 2009

kata-kata

Kejayaan seseorang boleh menjadi inspirasi kita dalam mendepani cabaran hidup. Ia berupaya menjadi sumber motivasi untuk kita meningkatkan prestasi. Kepayahan seseorang dalam mendaki tangga kejayaan sering kali menjadi penggerak kepada individu lain untuk turut cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.Satu faktor yang amat penting dalam hidup ialah pengalaman yang dilalui semakin mendekatkan diri kita dengan kebenaran.Mereka yang rajin merenung tentang diri,tentang hidup,tentang kerenah manusia, tentang PENCIPTA dan tanda-tanda kebesaran-NYA akan membuatkan mereka semakin mendekati kebenaran dan cinta kepada-NYA.

Tuesday, July 21, 2009

Hati & Amal..

Allah memberi kita otak untuk berfikir,mata
untuk melihat, mulut untukberbicara,dan kaki
untuk berjalan.Tetapi kadangkala manusia
selalu menyalahgunakannya..

Mereka memiliki otak hanya untuk fikiran yang
kotor, menggunakan mata hanya untuk maksiat,
menggunakan mulut untuk berbicara kotor,
dan menggunakan kaki untuk pergi
ke arah maksiat pula..

Kadangkala manusia tidak pernah
bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya,
mereka selalu merasa kekurangan..

Allah yang maha sempurna telah memberikan kita
pelbagai nikmat,dan kita sebagai umat-Nya harus
bersyukur dengan apa yang telah diberikan- Nya
dan mengerjakannya dengan hal-hal yang positif..

Mungkin ada baiknya kita hayati hadis ini,
daripada Abu Hurairah, sesungguhnya
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhya Allah tidak melihat kepada rupa dan bertamu tetapi allah melihat kepada hati dan amalnya." (Riwayat Muslim)

Menjaga tutur kata..

MENJAGA TUTUR KATA
Muaz bin Jabal melaporkan dia pernah berkata kepada Nabi Muhammamd, “Wahai Rasullah,terangkan kepada saya mengenai amalan yang membolehkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya daripada api neraka,”
Nabi Muhammad menjawab, “Saudara bertanya satu perkara besar.Namun ia ringan dilakukan bagi sesiapa yang diringankan oleh Allah Yang Maha Agung lagi Maha Besar.Perkara itu adalah saudara menyembah Allah,jangan menyekutukan Allah dengan apa-apa sekali pun.Saudara mendirikan solat,membayar zakat,berpuasa pada bulan Ramadhan dan melakukan ibadat haji di Kaabah.”Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, “Mahukan saudara jika saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan?Puasa adalah perisai,sedekah dapat menghapuskan dosa seperti air yang dapat memadamkan api,serta solat tengah malam.”
Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat al-Quran;surah as-Sajadah:16-17, “Lalu mereka meninggalkan tempat tidur mereka bagi mengerjakan sembahyang sunat tahajud dan beribadah kepada Allah.Mereka juga sentiasa berdoa kepada Tuhan dengan perasaan takut dan mengharap.Mereka juga sentiasa mendermakan sebahagian harta yang Kami berikan.Setiap orang tidak tahu satu per satu balasan baik yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka yang mereka sangat suka melihatnya,sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan.”
Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, “Mahukan saudara jika saya terangkan apa yang menjadi kepada pekerjaan,tiangnya dan puncaknya?Muaz menjawab, “Mahu Rasullah.”Nabi Muhammad berkata, “Kepala pekerjaan adalah Islam,tiangnya adalah solat dan puncaknya jihad.” Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, “Mahukah saudara jika saya terangkan apa yang menguasai itu semua?” “Mahu,wahai Rasul,”kata muaz. Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya sambil berkata, “jagalah yang ini.”Muaz bertanya, “Wahai utusan Allah,adakah kami akn diseksa atas segala yang kami ucapkan?”
Kata Nabi Muhammad, “Muaz,bukanlah manusia dicampakkan ke dalam neraka akibat perkara yang mereke ucapkan?”. (Hadis Riwayat Nawawi).

About Me....

Assalamualaikum...hai!..saye orang baru kat sini..name saya siti norliana binti jamaludin.berasal dari nogori sembilan..mmg orang nogori pun coz lahir pun kat sane...hehe..merupakan anak perempuan sulung daripada 4 orang..atas ada seorang abang...merupakan seorang yg pendiam...mybe i2 sebabnyer kut orang anggap sombong tapi klo dah knal lame mybe leh tahu kite ni orang yang camne kan...?hehe.. hobi suke bace novel..tpi klo dah bace mmg leh hbis dalam 1hari je...hehe..cite2 nak berjya.. xksahlh dalam kerjaya,plajaran or kehidupan didunia dan diakhirat...insYaallah...!

Sunday, July 19, 2009


wanita hiasan dunia....seindah hiasan adalah wanita solehah...

islamic