10 jenis solat yang Xditerima oleh Allah S.W.T.Rasulullah telah bersabda bahawa
"10 orang solatnya x diterima oleh Allah S.W.T" antaranya;
1)Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2)Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3)Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum.
4)Orang lelaki yang melarikan diri.
5)Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya(taubat).
6)Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
7)Orang perempuan yang suaminya marahkepadanya.
8)Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9)Orang2 yang suka makan riba.
10)Orang yang solatnya xdapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Wednesday, August 26, 2009
10 JENIS SOLAT
Tuesday, August 25, 2009
Noktah2 kehidupan
Tatkala hati ini mencari-cari,
Noktah2 kehidupan yang belum pasti,
Melangkah longlai, tanpa setitispun,
noktah ku temui, Arus deras metropolis dunia penuh tanda tanya,
menjadi rencah mainan duniawi,
Yang berkuasa terus tegar nun di atas,
Yang lemah terus tercari2 dek kesempitan,
Kejayaan umpama suatu kejahilan yang sukar diungkapkan,
Kaki yang di injak,berlantaikan duri2 duka,
Cinta yang di tabur, umpama racun yang berbisa,
Sampai bilakah harus kuteruskan,
Sejauh manakah harus ku kejar,
Untukku menitiskan tinta2 yang masih berbaki,
Melewati noktah2 kehidupan,
Yang pastinya punyai segala jawapan,
Disebalik liku dan ranjau sandiwara ini..
Friday, August 21, 2009
kata-kata
Kejayaan seseorang boleh menjadi inspirasi kita dalam mendepani cabaran hidup. Ia berupaya menjadi sumber motivasi untuk kita meningkatkan prestasi. Kepayahan seseorang dalam mendaki tangga kejayaan sering kali menjadi penggerak kepada individu lain untuk turut cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.Satu faktor yang amat penting dalam hidup ialah pengalaman yang dilalui semakin mendekatkan diri kita dengan kebenaran.Mereka yang rajin merenung tentang diri,tentang hidup,tentang kerenah manusia, tentang PENCIPTA dan tanda-tanda kebesaran-NYA akan membuatkan mereka semakin mendekati kebenaran dan cinta kepada-NYA.